Merdeka dan Peperiksaan

Malaysia-icon

Assalamualaikum,

Hari Rabu ini insha Allah Malaysia akan menyambut kemerdekaan ke-59 nya. Sepanjang usia kita, sering kita diberitahu dan diajarkan tentang apa erti kemerdekaan . Namun dalam banyak2 definisi dan tafsiran yang ada , saya kira “quote” dari Rubaie Bin Amir sewaktu Perang Qadisiah adalah paling tuntas dan mengesani iman kita sebagai seorang muslim Malaysia (khususnya) dan muslim Global (amnya) :

Mereka (Petinggi Persia) bertanya, “Khabar apakah yang membawa kedatanganmu ke sini?”

Rub’ie ibn ‘Amir menjawab, “Allah mengutuskan kami untuk membebaskan dunia penghambaan sesama hamba kepada penghambaan diri kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Dia utuskan kami agamanya untuk kami mengajak manusia kepadanya. Sesiapa yang menerimanya kami menerimanya dan kami kembali darinya. Sesiapa yang enggan kami peranginya sehingga kami kembali kepada janji Allah Taala (sama ada mati syahid ataupun mencapai kemenangan).”

Semoga Allah merahmati Malaysia, dan negara saudara-saudara Islam kita yang lain.

hqdefault

Dalam pada itu, seperti yang sedang kita telah sedia maklum, bulan September – Disember adalah bulan2 peperiksaan untuk anak-anak kita yang bersekolah rendah dan menengah.Berikut adalah tarikh-tarikhnya (ujian bertulis sahaja) :

UPSR – 1 & 5-8 September 2016

UPKK – 10-13 Oktober 2016

PT3 – 11-13 Oktober 2016

STAM – 17-19 Oktober 2016 , 25-26 Oktober 2016

SPM – 7 Nov – 6 Disember 2016

Justeru , pihak Surau Ar-Raudhah akan membuat Solat Hajat (selepas Maghrib) bermula dari 1 – 8 September 2016. Marilah kita sama-sama mendoakan anak-anak kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s