Korban Perdana @ Surau Ar-Raudhah ,Taman Melaka Perdana 1437 Hijrah

img-20160913-wa0003

AllahuAkbar ! AllahuAkbar ! AllahuAkbar ! AllahuAkbar WalilLahilHamd !

Bapa kita Ibrahim Alahihissalam diuji Allah dengan ujian yang hebat. Sesuai dengan gelaran Ulul Azmi yang diberikan kepada baginda , Allah menguji baginda dengan ketiadaan zuriat hingga ke usia lanjutnya hinggalah Allah memakbulkan doa baginda dengan mengurniakan Ismail Alaihissalam (melalui Siti Hajar) dan Ishaq Alaihissalam (melalui Siti Sarah), tidak cukup dengan itu baginda di uji lagi dengan perintah Allah untuk meninggalkan Hajar dan Ismail di bumi tandus. Kemudian , datang lagi perintah Allah melalui mimpi (sesungguhnya mimpi para Anbiya adalah benar), agar Ibrahim Alaihissalam menyembelih anaknya Ismail Alaihissalam.

Semua ujian ini, dilaksanakan oleh Ibrahim Alaihissalam dan keluarganya dengan tabah dan tawakkal kepada Allahhu Rabbul Jalil tanpa banyak soal mahupun negosiasi. Natijah kepada ujian ini dapat dilihat dengan jelas hanyasanya selepas Ibrahim Alaihissalam memenuhi “skema” jawapan. Dari ujian-ujian ini lahirlah Bakkah@Mekah dan lahirlah suatu ibadat yang agung iaitu Ibadah Qurban.

Sesungguhnya pada setiap dari kita adanya “Ismail-Ismail” yang Allah datangkan dalam bentuk harta, anak-pinak, pangkat , masa , buah fikiran. Dan setiap kita tidak akan lari dari diuji dengan perintah untuk menyembelih “Ismail-Ismail” ini. Mudah-mudahan Allah memberi dan menguji kita dengan “Ismail-Ismail” ini sesuai dengan kemampuan kita. Dan mudah-mudahan Allah mengurniakan kita hati yang tabah untuk menghadapi ujian-ujian ini.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, dan menerima Ibadah Qurban kita pada tahun ini dan yang mendatang.

Korban @ Surau Ar-Raudhah TMP 1437 Hijrah

Pada tahun ini Surau Ar-Raudhah telah mengadakan Gotong Royong Korban bagi tahun 1437 Hijrah. Korban pada tahun ini adalah dari keluarga En. Ariffin sebanyak 1 ekor. Majlis diadakan pada 12 Sept 2016 selepas solat Zuhur (pukul 14:00). Proses penyembelihan tidak dibuat di premis surau, sebaliknya surau hanya menjalankan aktiviti pemotongan dan pembahagian daging korban sahaja. Seramai kira-kira 17 orang jemaah lelaki dan wanita terbabit dalam majlis tersebut dan ianya berakhir kira-kira pukul 16:00 petang. Kira-kira 55 kg@bungkusan daging berjaya di agihkan kepada penduduk taman dan beberapa keluarga Asnaf. Manakala sebahagian dari daging yang dipotong dimasak dan dijamu kepada jemaah yang hadhir selepas doa selamat pada Maghrib malam itu. Pihak keluarga En.Ariffin mengucapkan berbanyak terima kasih pada mereka yang menjayakan majlis tersebut dan sekali lagi menjemput ke Surau Ar-Raudhah pada hari Khamis (15 Sept 2016 – Selepas Maghrib) untuk bacaan Yasin dan Tahlil atas permintaan keluarga beliau. Di bawah adalah gambar-gambar majlis yang sempat di rakam.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s