Dana Surau (Kekal) Ar Raudhah. (Surat Tawaran Sebagai Pencari Dana)

 

25 Rabiulakhir 1439/13 Januari 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WarahmatulLah Wabarakatuh …

Mudah-mudahan Tuan/Puan sekeluarga dalam keadaan yang sihat sejahtera.

 

TAWARAN GERAKKERJA MULIA BAGI MENDAPATKAN SAHAM WAKAF PEMBANGUNAN SURAU AR-RAUDHAH (TETAP) , TAMAN MELAKA PERDANA

 

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha Tuan/Puan terutamanya penduduk Taman Melaka Perdana sekalian, permohonan tapak untuk membina surau tetap telah diluluskan dari Kerajaan Negeri Melaka.

 

  1. Sehubungan dengan itu, beberapa perbincangan telah diadakan di antara ahli-ahli Jawatankuasa Surau dan pegawai MAIM (Majlis Agama Islam Melaka). Hasil perbincangan, kutipan Saham Wakaf Pembangunan Surau Ar-Raudhah telah dipersetujui bagi mendapatkan dana pembinaan surau tetap tersebut. Tugas kita seterusnya ialah: “Mencari Dana Untuk Pembangunan Surau Ar-Raudhah , Taman Melaka Perdana”.

 

  1. Justeru , melalui surat ini, kita “menawarkan” kepada Tuan/Puan penduduk muslim Taman Melaka Perdana ini suatu peluang gerakkerja yang mulia untuk mendapatkan modal atau dana bagi pembinaan Surau Ar-Raudhah (kekal) ini. Melalui persetujuan ini, Tuan/Puan akan diberikan saham-saham wakaf, bagi menjalankan pencarian dana tersebut.

 

  1. Seikhlasnya, kami sangat mengharapkan kerjasama dari pihak Tuan/Puan , agar kita bersama menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit kearah mendirikan Rumah Allah yang mulia ini. Sesuai dengan Hadith yang bersumber dari Saidina Uthman Ibn Affan R.A. : Sesiapa yang membangunkan masjid karena Allah, maka Allah akan membangun baginya semisal itu di syurga.” (HR. Bukhari no. 450 dan Muslim no. 533).

 

 

  1. Mudah-mudahan keihlasan Tuan/Puan yang mencari dana dan keikhlasan mereka yang menyumbang diberi ganjaran oleh Allah SWT. Sebarang pertanyaan berkenaan Saham Wakaf ini, bolehlah dirujuk terus kepada saya atau Jawatankuasa Surau.
  2. Bersama-sama ini disertakan keratan persetujuan untuk penerimaan tawaran ini dan segala kerjasama Tuan/Puan di dalam hal ini didahului dengan ucapan Terimakasih.

 

Saya Yang Menjalankan Tugas,

(DR HJ. BURHANUDDIN BIN MOHD. ABOOBAIDER)

Pengerusi Surau Ar Raudhah

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s