Tentang Kami

Mesyuarat J/K penubuhan Surau Ar-Raudhah dibuat pada 1 Mac 2016. Pada asalnya penubuhan ialah sebagai suatu usaha alternatif bagi merapatkan silaturahmi di antara penduduk muslim Taman Melaka Perdana khususnya.

Selang beberapa ketika selepas itu, seorang Hamba Allah, dengan murah hati telah mengizinkan agar rumahnya di jadikan sebagai Surau “Sementara”. Alhamdulillah sejak dari itu bermulalah kehidupan “bersurau” penduduk Muslim.

Pelbagai aktiviti berjemaah telah dapat dilaksanakan sejak adanya surau tersebut. Kini Surau Ar-Raudhah terus mengorak langkah untuk merealisasikan impian untuk mempunyai Surau yang “Tetap”. Mudah-mudahan dengan usaha dan doa’ dari anda semua, impian ini akan terlaksana. Allah jualah yang mengizinkan.

Untuk sebarang sumbangan bagi pembangungan Surau atau aktiviti surau, anda boleh berbuat demikian di :

BENDAHARI SURAU AR-RAUDHAH TMP MALAYAN BANKING BHD (MBB)
NO AKAUN: 554110511240
NAMA AKAUN: SURAU AR-RAUDHAH TAMAN MELAKA PERDANA
BENDAHARI, EN. OSMAN: 0138648685

Sekian, Jazakallah.