Dana Surau (Kekal) Ar Raudhah. (Surat Tawaran Sebagai Pencari Dana)

 

25 Rabiulakhir 1439/13 Januari 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WarahmatulLah Wabarakatuh …

Mudah-mudahan Tuan/Puan sekeluarga dalam keadaan yang sihat sejahtera.

 

TAWARAN GERAKKERJA MULIA BAGI MENDAPATKAN SAHAM WAKAF PEMBANGUNAN SURAU AR-RAUDHAH (TETAP) , TAMAN MELAKA PERDANA

 

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha Tuan/Puan terutamanya penduduk Taman Melaka Perdana sekalian, permohonan tapak untuk membina surau tetap telah diluluskan dari Kerajaan Negeri Melaka.

 

  1. Sehubungan dengan itu, beberapa perbincangan telah diadakan di antara ahli-ahli Jawatankuasa Surau dan pegawai MAIM (Majlis Agama Islam Melaka). Hasil perbincangan, kutipan Saham Wakaf Pembangunan Surau Ar-Raudhah telah dipersetujui bagi mendapatkan dana pembinaan surau tetap tersebut. Tugas kita seterusnya ialah: “Mencari Dana Untuk Pembangunan Surau Ar-Raudhah , Taman Melaka Perdana”.

 

  1. Justeru , melalui surat ini, kita “menawarkan” kepada Tuan/Puan penduduk muslim Taman Melaka Perdana ini suatu peluang gerakkerja yang mulia untuk mendapatkan modal atau dana bagi pembinaan Surau Ar-Raudhah (kekal) ini. Melalui persetujuan ini, Tuan/Puan akan diberikan saham-saham wakaf, bagi menjalankan pencarian dana tersebut.

 

  1. Seikhlasnya, kami sangat mengharapkan kerjasama dari pihak Tuan/Puan , agar kita bersama menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit kearah mendirikan Rumah Allah yang mulia ini. Sesuai dengan Hadith yang bersumber dari Saidina Uthman Ibn Affan R.A. : Sesiapa yang membangunkan masjid karena Allah, maka Allah akan membangun baginya semisal itu di syurga.” (HR. Bukhari no. 450 dan Muslim no. 533).

 

 

  1. Mudah-mudahan keihlasan Tuan/Puan yang mencari dana dan keikhlasan mereka yang menyumbang diberi ganjaran oleh Allah SWT. Sebarang pertanyaan berkenaan Saham Wakaf ini, bolehlah dirujuk terus kepada saya atau Jawatankuasa Surau.
  2. Bersama-sama ini disertakan keratan persetujuan untuk penerimaan tawaran ini dan segala kerjasama Tuan/Puan di dalam hal ini didahului dengan ucapan Terimakasih.

 

Saya Yang Menjalankan Tugas,

(DR HJ. BURHANUDDIN BIN MOHD. ABOOBAIDER)

Pengerusi Surau Ar Raudhah

 

 

Ramadhan Kareem !!

ucapan-menyambut-ramadhan

Assalamua’laikum…

Hidup ini terlalu singkat jika dibandingkan ke”hidupan” yang selepas
ini.Umpamanya , duit bonus yang disangka “banyak” itu ,rupanya tak
sampai 2 hari sudah habis dibelanjakan.Frasa “panjang umur” itu
terlalu subjektif untuk dihuraikan.Kerana ajal manusia itu berbeza
dan tiada siapa yang mengetahuinya melainkan DIA.

Ada yang hidupnya singkat tapi bererti,ada juga yang panjang
hidupnya tapi lesu,lemah diisi dengan keburukan.Ada jua yang memilih
sederhana dengan mengimbangi kehidupan dengan jalan-jalan
wasatiah.Banyak orang yang “mati” tapi banyakkah orang yang benar-
benar “hidup” ?

Ramadhan adalah sekolah.Silibusnya menjurus kepada balik kepada
fitrah (back to basic). Puasa sebagai asas
mujahadah.Menahan sabar,menahan mata kepada maksiat,menahan
bohong,menahan mengumpat dan menahan lapar semestinya.Segalanya
perlu di”tahan” ketika Ramadhan.Resminya ubat, makin “pahit” ubatnya
makin cepat sembuhnya.

Itulah Ramadhan yang kita sambut untuk berpuluh kalinya.Ramadhan
yang sama ,tetapi adakah kita masih orang yang sama ?.Perniagaan
yang maju dan berdaya saing diterjemahkan jika ada peningkatan dari
masa yang “dahulu” berbanding yang “sekarang”.Jika 10 tahun dahulu
hingga sekarang coraknya masih corak yang sama,itu bukan kemajuan
itu kejumudan.

Kefahaman seharusnya meningkat.Jika semalam kita “bebal” mengira
adakah esok kita masih ingin meneruskan kebebalan yang
ada ?.Ironisnya Ramadhan yang saban tahun kita sambut ini tidak
merubah kita menjadi lebih bagus.Ketika kita berhempas pulas
mengKAIZENkan sistem kerja,mengapalah tidak untuk bekalan di hari
kemudian ?

Golongan kuffar tidak akan faham.Kerana mereka beriman dengan apa
yang nampak.”seeing is believing”.Berbeda dengan ummat Islam,yang
meyakini Allah itu ada sekalipun kita tidak mampu melihatnya.Susu
lembu itu ada bila diperah,tetapi kenapa temukan darah sahaja bila
disembelih lembunya.Mana susunya tadi ?.Pipi itu sakit kalau
ditampar, tapi mana “sakit”nya ?.Tidak nampak ,tetapi yakin adanya.

Ambil cermin dan lihat・

Usia ini adalah pinjaman,bila masa saja boleh
diambil..Seharusnya tarikh kematian yang diRAHSIAkan ini
menjadi kita orang yang lebih bersedia.Al-wiqayah Khairun Minal Ilaj
(Prevention is better than cure).Kita boleh mencegah azab Allah
hanya jika langkah “prevention” dilakukan di sini,kerana mengubat
(cure) tiada dalam kamus “barzakh”.

Mengapa artikel ini terlalu banyak bicara tentang mati
ya ?.Jawapannya kerana ramai orang yang sangka dia akan ketemukan
Ramadhan yang satu lagi dan satu lagi dan satu lagi dan satu lagi ・
rupa-rupanya・.(faham sendiri).Ayuh jadikan Ramadhan ini lebih dari
yang sebelumnya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Di bawah ialah link ke sebuah artikel berkenaan Ramadhan “Worth reading Insha Allah”

http://saifulislam.com/2015/06/mengapa-ramadan-kita-tidak-berkesan/

Penambahbaikan/Improvisation/Kaizen/Tahassun/

Alhamdulillah,

Kata Imam Al-Syafie Rahamtullahi Alaihi dalam sepotong syairnya :

“Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.”

Justeru, baru-baru ini atas jasa baik penderma dan ahli taman , Surau kita telah dipasangkan dengan tikar yang baharu. Jazakallah atas usaha anda semua.

Sepintas lalu setelah pemasangan selesai, Saf di surau nampak lebih teratur dan kemas. Malahan Surau kelihatan lebih luas. Mudah-mudahan para jemaah lebih selesa.

Hanya gambar berbicara …

Yokk …ke Surau !!

Dana Pembangunan dan Aktiviti Surau

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Saya dengan segala hormatnya merujuk kpd minit mesyuarat terkini, Bil. 8 yang diadakan pd 6 jan 2017 di Surau Ar-Raudhah, TMP. Agenda #3 Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju setiap pemilik/penyewa yg beragama Islam bagi setiap rumah kediaman, homestay dan rumah kedai di dalam kariah Taman Melaka Perdana menyumbang minimum RM50 setiap bulan bermula bulan Januari 2017. Wang tersebut akan digunakan bagi operasi harian surau seperti bil utiliti, kelas pengajian agama dll. Lebihan wang tersebut akan digunakan sebagai wakaf bagi pembinaan surau tetap nanti.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: « إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ؛ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ » رواه مسلم.
Dari Abu Hurairah bahwa sungguh Rasulullah telah bersabda:
“Jika seorang manusia mati maka terputuslah (pahala) amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah yang terus mengalir (pahalanya karena diwakafkan), ilmu yang terus diambil manfaatnya (diamalkan sepeninggalnya), dan anak soleh yang selalu mendoakannya”.
Hadits sahih, riwayat Muslim.

Segala bentuk sumbangan hendaklah di sumbangkan ke akaun Malayan Banking Berhad samada melalui atas talian, Maybank2u, Cash Deposit atau Cek ke akaun di bawah.
Terimakasih di atas segala sumbangan dari Tuan/Puan dan Semoga segala amal jariah kita diterima oleh Allah SWT.
Saya yang menjalankan tugas … BENDAHARI SURAU AR-RAUDHAH TMP MALAYAN BANKING BHD (MBB)
NO AKAUN: 554110511240
NAMA AKAUN: SURAU AR-RAUDHAH TAMAN MELAKA PERDANA
JUMLAH: RM50
Sila majukan detail transaksi kepada BENDAHARI, EN. OSMAN: 0138648685

Pautan Dari Laman Web Mufti (Perihal pertembungan pendapat Imam Mazhab dan Hadith Sahih)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Baru-baru (dalam bulan Disember) ini, beberapa ahli kariah Surau Ar-Raudhah berkesempatan menghadiri kuliah Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi berkaitan “Tahap Pengajian Hadith” di dewan Masjid Saidina Ali. Setakat hari ini video seminar itu masih belum di upload oleh pihak Maahad Tahfiz di situ. Kalau dah ada insha Allah kita usaha link kan di website ini.

Ala kulli haal…

Di bawah adalah pautan link dari Laman Web Mufti KL yang terkait dengan isu di atas.Mudah-mudahan bermanfaat.

 

http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1347-al-kafi-492-jika-bertembung-pendapat-imam-mazhab-dengan-hadis-sahih

Pasca Kem ( berjanggut daa !!! )

Assalamualaikum,

 

“KESIBUKAN”, menghalang laporan dibuat usai program.Alasan paling ampuh !

 

Pada 28hb Okt 2016 yang lalu , Surau menganjurkan suatu program perkhemahan di kawasan surau. Program yang dinamakan Kem Cinta Surau dan Masyarakat tersebut berlangsung selama 1.5 Hari.

 

Sesuai dengan namanya, objektif program ini adalah untuk mengajak anak2 (AMnya) dan ibu bapa (KHUSUSnya) di taman Melaka Perdana ini untuk menyintai Surau dan sekaligus bersilaturrahmi.

 

Secara tersurat program disusun untuk objektif di atas, namun secara tersiratnya program ini diadakan untuk menguatkan definisi Surau@Masjid ;  (selain tunjangnya adalah tempat manusia berkumpul untuk mengabdikan dirinya kepada pencipta melalui Ibadah Solah) ,dalam masa yang sama Surau@Masjid adalah juga tempat manusia menimba ilmu ,bermuammalah, beriadhah, bermasyarakat , bermesyuarat dan segala macam aktiviti sihat yang lain.

Berikut adalah nama2 peserta yang hadhir :

  1. Muhammad Najmi Danial bin Talib
  2. Syazana Arisyah Binti Arefin
  3. Aiman Firdaus Bin Mohd.Yusof
  4. Nur ‘Ain Najwa Binti Osman
  5. Muhammad Hassan Bin Faizul Hilmy
  6. Khadijah Binti Faizul Hilmy
  7. Alif Safwan Bin Ahmad Hassan
  8. Muhammad Afif Danish Bin Azizi
  9. Ahmad Farhan Bin Burhanuddin
  10. Siti Humairah Binti Mohamad Saufe
  11. Marzuqi Nazran Bin Mazwir
  12. Aiman Rahimi Bin Mohd. Yusof
  13. Muhammad Husin Bin Faizul Hilmy
  14. Alya Safia Binti Ahmad Hassan
  15. Adam Muhaimin Bin Fadzil
  16. Muslihuddin Nabil Bin Mazwir
  17. Muhammad Hamzah Bin Faizul Hilmy
  18. Danial Amzar Bin Fadzil
  19. Ahmad Aiman Bin Burhanuddin
  20. Afif Shafiy Bin Ahmad Hassan
  21. Arina Liyana Binti Mohd Ashraf

 

Berikut adalah laporan dan ulasan (jika ada) berkenaan program yang berlangsung :

1.Hari pertama , usai pendaftaran, anak2 bergotong royong mendirikan khemah masing-masing dan mereka di kehendaki untuk membuat 4 kumpulan besar dan seterusnya melantik ketua , nama kumpulan dan “tagline” kumpulan masing-masing.

Nama-nama Kumpulan :

  1. Teamwork (ketua : Muhammad Najmi Danial)
  2. The Dab King (ketua: Muhammad Hassan)
  3. Storm Troopers (ketua : Aiman Firdaus)
  4. Pikachu Squad (ketua : Syazana Arisyah)

img-20161028-wa0038

2 Program selepas maghrib dikendalikan oleh Dr.Luqman (pengarah program). Sesi yang fokusnya ialah untuk suai-kenal antara anak-anak dibuat dengan cara yang santai. Setiap peserta dikehendaki untuk melukis wajah mereka sendiri (beserta dengan ciri2 mudah kenal yang ada pada wajah mereka sendiri cth: kedudukan tahi lalat, lesung pipit, dsb) dan kemudian mereka dipanggil untuk mengenalkan diri sendiri dan mengecam ahli yang lain.

 

 

  1. Program Ad-Hoc “Lampu Aladdin dan Jin” ini adalah idea dari Cikgu Noraini Binti Hj.Husin dan Cikgu Azizah Binti Vaheed sendiri.Setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah lampu dan kemudian melakonkan cerita Aladdin tersebut. Kemuncaknya ialah setiap kumpulan perlu berbincang tentang “3 Permintaan” yang ingin diminta kepada “jin lampu” tersebut.Kebanyakan kami (penonton) paling teruja bila mendengar salah satu permintaan dari adik-adik iaitu :

“Kami mahukan keamanan ! “ kepada Jin tersebut. Begitulah fitrah manusia , sentiasa menginginkan damai dan menolak konflik.

 

4.Selepas solat Subuh, aktiviti riadhah di buat bersama fasilitator yang dipimpin oleh Muhamad Nur Aizat Osman dan Aufa Bin Saufe.

 

  1. Aktiviti terakhir dikendalikan oleh Dr.Nurulwafa Binti Husain dengan memberi focus kepada emosi.Tujuannya ialah untuk mengenalpasti emosi mereka dan belajar menguruskan emosi dengan berkesan. Berikut ialah ulasan dari Dr.Nurulwafa Binti Husain sendiri :

“ Para peserta dapat mengekspresikan emosi mereka dan bekerjasama dengan fasi.14 orang memberikan 5 bintang dengan ekspresi senyum hingga ke telinga, dan 4 orang memberikan 4 bintang”

 

  1. Program seterusnya iaitu “Tempat itu ialah Asalku”, sekali lagi dikendalikan oleh Dr.Luqman.

 

Program ditamatkan selepas makan tengahari dan solat zuhur. Namun kebanyakkan peserta belum mahu pulang ke rumah masing2 kerana ada “urusan dengan kawan-kawan” yang belum selesai. Mereka hanya pulang selepas Asar dan diperingatkan untuk meng”handsome@cute” kan diri untuk program penutup pada malam tersebut.

Alhamdulillah program penutup yang diserikan dengan penyampaian hadiah, ucapan pengarah , ucapan wakil surau , cabutan bertuah dan kemuncaknya ialah jamuan makan. Kos yang dikeluarkan oleh ibu bapa dan pihak penganjur @ penderma budiman, adalah terlalu “priceless” jika nak dibandingkan dengan wajah-wajah girang anak-anak taman kita. Betapalah pula kesempatan berkumpul ini dimanfaatkan untuk kita (golongan dewasa) bermasyarakat dan seterusnya menunjukkan contoh yang baik kepada generasi anak-anak. Mudah-mudahan Surau terus makmur , taman terus berkasih sayang dan Allah terus menghujani kita dengan rahmatNya. Amin.

Insha Allah, panjang umur, kita anjur lagi.

Gambau masa makan2 takder ?????

(p/s : Tahniah abang Arefin dapat anak angkat baru, J)