Mesyuarat Khas “Kelulusan Tapak Surau Kekal @ Taman Melaka Perdana”

Mesyuarat Khas “Kelulusan Tapak Surau Kekal @ Taman Melaka Perdana”

Tarikh : 26 Mar 2017

Lokasi : Surau Ar-Raudhah (Surau Sementara)

Kehadiran :

Prof Burhanuddin, En.Yusof, Imam Saufe, En.Ariffin, En.Fadzil, En.Norazman, Hj Mat.Din , En.Aminuddin, En.Zulkifly, En.Rohaili dan Hj.Md.Noh.

 

1.0 Ucapan Aluan Dari Pengerusi Surau Ar-Raudhah, TMP

Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Pengerusi memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta’ala kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan mesyuarat khas berkenaan pembangunan Surau kekal.

2.0 Laporan Permohonan Tapak Surau Kekal dan Perkara-perkara berbangkit.

2.1 Laporan Awalan En.Yusof

Pada mesyuarat EXCO Negeri yang lalu, pada asalnya permohonan untuk mendapatkan Tapak Surau Kekal oleh pihak Taman Melaka Perdana telahpun ditolak atas sebab-sebab di bawah :

  1.  Membabitkan Simpanan Jalan
  2.  Membabitkan tapak STP

Walaubagaimanapun pihak Perancang Bandar dan JKR, meluluskan permohonan ini

Anggaran saiz tanah yang dipohon ini ialah 5000 kaki persegi (beserta dengan zon penampan).Secara umumnya, kelulusan untuk mendapatkan tapak ini telah 70% selesai.

2.2 Kutipan Dana Untuk Pembangunan Surau Baru

  1. Penglibatan penduduk Islam Taman Melaka Perdana.Pihak surau akan mendapatkan Surat kelulusan mengutip dana. 10 orang amil akan dilantik bagi menjalankan tugas ini (perlu serah Nama dan salinan IC kepada pengerusi). Kelulusan ialah selama 6 bulan.
  2.  Sumbangan Besar Individu. Cek perlu ditulis atas nama MAIM , dan akan           dimasukkan ke akaun wakaf MAIM dan MAIM akan keluarkan surat kepada penderma bagi tujuan pelepasan Cukai Pendapatan.
  3. Contoh Resit beserta Cop Rasmi surau akan dihantar kepada MAIM untuk pengesahan.
  4. Untuk sumbangan yang kurang dari RM10 ,tiada resit akan dikeluarkan,sebaliknya Amil akan kumpul dan masukkan ke dalam akaun rasmi Surau.

2.3 Rekabentuk

Ada 2 kaedah ‘

  1. Rekabentuk dibuat berdasarkan Pelan2 sedia ada melalui Syarikat-syarikat Arkitek yang dilantik MAIM Biasanya jumlah Kos telah sedia maklum. Dan “proven design”.
  2. Rekabentuk melalui arkitek atas lantikan penduduk taman sendiri.Kos bergantung kepada rekabentuk, tetapi pihak Taman boleh dapat ciri-ciri Surau yang diingini.

Cadangan konsep rekabentuk yang diingini :

1.Disebelah STP ditanam pokok yang tinggi

2.Surau yang ringkas dan kurang penyelenggaraan.(Cth: Surau Taman Paya Rumput Perdana)

3.Konsep-konsep lain, berfungsi seperti Perpustakaan, tempat wudhu Lelaki dan Wanita,tandas lelaki dan wanita dan ruang jamuan perlu di ambil kira

4.Rekabentuk akan dibuat keseluruhan tetapi pembangunan akan dibuat fasa demi fasa mengikut kesesuaian kos/bajet.

(Tambahan : Perlu dapatkan juga khidmat nasihat dari Ustaz Rauf supaya rekabentuk yang ingin di buat selari dengan kehendak-kehendak Syarak)

2.4 Lain-lain

Amil yang telah setuju dilantik (setakat hari mesyuarat)

1.Prof Burhan

2.Imam Saufe

3.En.Norazman

4.En.Arifin

5.En.Yusof

6.En.Zulkifly

7.En.Faizul Hilmy

3.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 22:40 dengan bacaan Surau Al-Asr dan tasbih Kifarah. Tarikh mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.

Sekian, Wassalam