Minit Mesyuarat Bil. 5 2016: 18 Ogos 16

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah

Taman Melaka Perdana (Bil ke-5)

Masa : 18 Ogos 2016 (Khamis) – 21:30 (Selepas Isya’)

Lokasi : Surau Ar-Raudhah (Sementara) – No.30 , Jalan MP 2

Kehadiran : 17 org ( 2 muslimah)

 

1.0 Ucapan Aluan Dari Pengerusi Jawatankuasa Surau

Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi Jawatankuasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta’ala kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan mesyuaraat jawatankuasa (Bil 2). Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kehadhiran dan komitmen yang diberi oleh jawatankuasa dan penduduk taman dalam mengimarahkan surau .

2.0 Perkara Bangkit

2.1 Kedudukan Kewangan (Dana) Surau

En.Othman Bin Saidin membentangkan status terkini dana Surau. Menurut beliau dana terkini ialah RM 2,200.00 (tidak termasuk duit kutipan awal untuk pembinaan surau kekal). Setakat ini RM 1,600.00 telah dibelanjakan untuk pemasangan air-cond. Seterusnya , ada keperluan untuk “masuk meter” dan bayaran bil-bil lain. di masa hadapan . Justeru ada keperluan untuk mencari dana untuk melicinkan perjalanan operasi pentadbiran surau. Atas dasar ini ada ahli yang mencadangkan untuk mengadakan tabung di Surau . Tabung (secara fizikal) telah ada , namun jawatankuasa teknikal akan mengubahsuai mengikut kesesuaian surau.

( Tindakan : En.Othman Saidin (Bendahari) dan En. Mohd Hasrudin Bin Tukiran (J/K Teknikal)

2.2 Lantikan Jawatankuasa Surau ( Versi Kemaskini)

Pengerusi Surau : PM Burhanuddin Mohd. Aboobaider

Timb. Pengerusi Surau : En. Mohd. Nur Khairunnizam

Setiausaha 1 : En.Faizul Hilmy Bin Mohamad Zaki

Setiausaha 2 : En.Mohd Akhtar Bin Ab.Karim

Bendahari : En. Othman Bin Saidin

Biro Pendidikan : Dr.Mohd. Luqman Bin Mohd. Jamil dan En.Hairon

Biro Teknikal & Penyelenggaraan : En.Muhammad NurAzri Bin Othman dan En.Mohd Hasrudin Bin Tukiran

Biro Keselamatan : Haji Md. Noh dan En.Othman Saidin

Biro Kebajikan & IT : En.Rohaili Bin Ramli dan En.Iskandar Bin Ibrahim

Biro Muslimah : Pn.Norhayati Bt.Nordin dan Pn.Anom

Biro Khairat Kematian : En.Nor Azman Bin Abas dan En. A.Shukor Bin Mahmud

(* Berkenaan khairat kematian, pihak jawatankuasa akan meneliti lebih mendalam tentang pelaksanaanya . Akan dibentangkan dan dinilai pada mesyuarat yang akan datang)

Imam 1 : En. Saufe Bin Ariffin

Imam 2 : En. Mohd NurKhairunnizam

Muazzin 1 : En.Mohd Akhtar Bin Ab.Karim

Muazzin 2 : En. Nuradlee Bin Othman

Noja : En. Zulkifli Bin Hanif

2.3 Pelaksanaan Korban di Surau Ar-Raudhah bagi Tahun 2016/1437 Hijriyah 

Pada tahun ini En.Ariffin berniat untuk membuat korban seekor lembu. Untuk memudahkan urusan pemotongan dan pengagihan, Lembu korban akan disembelih di tempat lain dan daging akan dihantar untuk urusan pemotongan selepas waktu Zuhur. Proses timbangan dan pengagihan daging korban akan dibuat selepas itu. Pihak penduduk di jemput untuk meraikan majlis tersebut. Perincian akan dibuat pada mesyuarat yang akan datang.

2.4 Tandas-tandas di Surau Ar-Raudhah

Pihak jawatankuasa dengan persetujuan En.Azizi Bin Abdullah, bersetuju untuk menutup (tidak menggunakan) tandas di tingkat bawah, sebaliknya 2 tandas di tingkat atas akan digunakan sebagai tandas lelaki dan perempuan.

2.5 Gotong Royong pembersihan Surau Ar-Raudhah

Pihak jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan gotong royong ( kerja-kerja mengecat tingkat bawah, membersih tingkat 2, membersih karpet dan longkang dan membina tempat wudhu’ wanita) pada 20 dan 21 Ogos 2016 (bermula jam 09:00)

 

3.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 22:30 dengan bacaan Surau Al-Asr dan tasbih Kifarah. Mesyuarat seterusnya akan dibuat  dalam tempoh 2 minggu dari tarikh meeting kali ini.

Sekian, Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s