Minit Mesyuarat Bil.6 2016: 8 Sept 16

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah

Taman Melaka Perdana (Bil ke-6)

Masa : 08 September 2016 (Khamis) – 21:30 (Selepas Isya’)

Lokasi : Surau Ar-Raudhah (Sementara) – No.31 , Jalan MP 2

Kehadiran : 17 org ( 3 muslimah)

1.0 Ucapan Aluan Dari Imam 1 Surau Ar-Raudhah, TMP

Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Imam 1 memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta’ala kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan mesyuarat jawatankuasa (Bil 6). Imam 1 juga mengucapkan terima kasih atas kehadhiran dan komitmen yang diberi oleh jawatankuasa dan penduduk taman dalam mengimarahkan surau .

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Terdahulu (Bil ke-5)

Setiausaha secara ringkasnya membacakan minit mesyuart Bil-Ke5 kepada umum,yang kemudiannya di sahkan oleh En.Norazman Abas dan disokong oleh En.Othman Saidin

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Kedudukan Kewangan (Dana) Surau

En.Othman Bin Saidin membentangkan status terkini dana Surau.Butiran boleh dibaca pada dokumen di bawah :

ledger-surau-ar-raudhah

Secara ringkasnya, perbelanjaan besar telah diperuntukkan di peringkat “kick-start” pengoperasian Surau Ar-Raudhah. Baki setakat 8 September 2016 ialah RM 32.70 sahaja. Justeru sumbangan ikhlas yang berterusan daripada jemaah adalah amat dialu-alukan.

En.Hasrudin bertanya tentang item #28 (Bayaran Rm 150 untuk Sambungan Bekalan Elektrik). Kemungkinan akan berlaku lagi bayaran seperti ini , disebabkan status Surau yang belum ada Meter dan dalam masa yang sama permohonan ke TNB (atas nama rumah Ibadat) yang belum selesai. En.Othman telah menerangkan secara ringkas kronologi terjadinya peristiwa ini. Ala kulli hal, J/k bersetuju untuk berunding semula dengan En.Azizi untuk mendaftar semula atas nama Individu .

 

( Tindakan : PM Burhanuddin dan En.Azizi Bin Abdullah)

3.2 Operasi Surau

Imam 1 (Cikgu Saufe Bin Ariffin) mengucap syukur atas kehadhiran yang baik dari jemaah yang mengimarahkan Surau Ar-Raudhah. Selain dari Solat Jemaah, surau juga ada mengadakan aktiviti-aktiviti lain (Solat Hajat untuk anak2 periksa, Kuliah@Ceramah, Tahlil dan lain-lain). Walaubagaimanapun , atas nasihat En.Yusof (MAIM), oleh kerana status Surau Ar-Raudhah masih belum rasmi, adalah elok jika aktiviti ceramah@kuliah di tangguhkan sementara.

(Tindakan : Imam Saufe dan Biro Pendidikan)

 

 

3.3 Pelaksanaan Korban di Surau Ar-Raudhah bagi Tahun 2016/1437 Hijriyah 

Lanjutan dari Mesyuarat Bil Ke-5 tempohari, J/K bersetuju untuk mengadakan Gotong Royong Qurban pada tahun ini yang telah diniatkan oleh En.Ariffin. Jumlah lembu yang akan diQurbankan ialah sebanyak seekor. J/K bersetuju aktiviti akan dilaksanakan pada 12 September 2016 (bermula jam 14:00). Proses sembelihan tidak akan di buat di surau, sebaliknya aktiviti memotong dan membahagikan daging sahaja yang akan dilaksanakan.  Barang dan alatan yang diperlukan untuk aktiviti di atas dan untuk tujuan Jamuan diserahkan kepada En.Zulkifli dan.En.Norazman.

(Tindakan : En.Ariffin ,En.Zul dan En.Norazman)

3.4 Pembentangan Khairat Kematian.

Lanjutan dari mesyuarat terdahulu, En. Shukor dan En.Norazman telah membentangkan kertas kerja tentang kesesuaian mengadakan Skim Khairat Kematian untuk Jemaah Muslim di Taman Melaka Perdana. Secara ringkasnya, En.Shukor berpendapat atas dasar kuantiti, penubuhan Skim ini secara “Formal” adalah sesuatu yang sukar. Namun dicadangkan ianya di buat secara tidak “Formal”.

Melalui mesyuarat ini pihak J/K , bersetuju bahawa suatu skim@bentuk sumbangan kepada “mereka yang ditimpa bencana” akan di rangka. Dana akan di ambil dari tabung surau sendiri. Dalam masa yang sama , derma kilat juga akan dilancarkan jika mendapat maklumat tentang perkara tersebut.

(Tindakan : En. Shukor dan En.Norazman)

3.5 Pembentangan Biro Pendidikan

Kertas Kerja cadangan untuk mengadakan “Teen Camp” telah disiapkan, walaubagaimanapun ianya terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.Kuliah Tafsir akan diteruskan seperti biasa.Tadarus Al-Quran (setiap Sabtu selepas Subuh) juga diteruskan seperti biasa.

3.6 Pembentangan Biro Kebajikan

En.Rohaili memberitahu bahawa Banner (2 helai) akan dipasang. Lokasinya ialah di bangunan Surau sendiri dan satu lagi ialah di pagar bersebelahan Loji. Signage juga akan disiapkan dalam tempoh terdekat, dan kemungkinan akan dipasang di kawasan sempadan antara TMP Fasa 1 dan 2. Kos untuk banner tersebut ialah RM 240.00

(Tindakan : En.Rohaili dan En.Iskandar)

3.7 Pembentangan Biro Keselamatan

J/K keselamatan mengingatkan kepada jemaah untuk sentiasa menutup pintu Surau jika anda orang yang terakhir keluar dari surau tersebut. Bangkitan dibuat kerana ada kes surau terlupa di kunci.Sekadar makluman, pihak Surau ada menyediakan 4 set kunci.

3.8 Pembentangan Biro Teknikal

Tandas atas telah di pasang getah. Pihak teknikal akan memasang lampu di tempat mengambil Wudhu’  dan akan memasang “spotlight” yang menghala ke taman bagi tujuan keselamatan.

4.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 22:30 dengan bacaan Surau Al-Asr dan tasbih Kifarah. Tarikh mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.

Sekian, Wassalam