Minit Mesyuarat Bil.7 2016: 05 Okt 16

Minit Mesyuarat Bil.7 2016: 05 Okt 16

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah

Taman Melaka Perdana (Bil ke-7)

Masa : 05 Oktober 2016 (Rabu) – 21:30 (Selepas Isya’)

Lokasi : Surau Ar-Raudhah (Sementara) – No.31 , Jalan MP 2

Kehadiran :

1.Dr.Burhanuddin

2.Cikgu Saufe

3.En.Osman

4.En.Zulkifli

5.Dr.Luqman

6.En.Nurkhairunizam

7.En.Norazman

8.Hj.Md.Din

9.En.Hasrudin

10.Hj.Md.Nor

11.En.Ariffin

12.En.Faizul

 

1.0 Ucapan Aluan Dari Imam 1 Surau Ar-Raudhah, TMP

Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Imam 1 memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta’ala kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan mesyuarat jawatankuasa (Bil 7).

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Terdahulu (Bil ke-6)

Setiausaha secara ringkasnya membacakan minit mesyuart Bil-Ke6 kepada umum. yang kemudiannya di sahkan oleh En.Norazman Abas dan disokong oleh En.Othman Saidin.Berkenaan Minit mesyuarat yang terdahulu, pengerusi ada mengulas berkenaan perkara 3.1. Pengerusi menyatakan bahawa En.Azizi akan pergi sendiri atas kapasiti Tuan Rumah untuk berurusan dengan TNB. Insha Allah meter akan dipasang semula. Berkenaan dengan perkara 3.6 pula, akan difikirkan kedudukan yang sesuai untuk pemasangan 1 lagi banner (perlu ambilkira kebenaran pihak majlis dan sebagainya)

3.0 Kedudukan Kewangan (Dana) Surau

En.Othman Bin Saidin membentangkan status terkini dana Surau.Butiran boleh dibaca pada papan kenyataan di surau. Secara ringkasnya, dari 9 Ogos – 30 September, pendapatan yang terkumpul ialah sebanyak RM 4,783.00 manakala Perbelanjaan ialah sebanyak RM 4,340.30. Maka Baki bawa kehadapan (bulan Oktober) ialah sebanyak RM 446.30 sahaja.

( Tindakan : PM Burhanuddin dan En.Azizi Bin Abdullah)

 

3.1 Biro Pendidikan

3.1.1

Sebelum ini perancangan untuk mengadakan Kem Remaja@Teen Camp, terpaksa ditangguhkan atas sebab2 tertentu. Namun oleh kerana terdapat cuti panjang pada perayaan Deepavali yang akan datang, rancangan ini diutarakan semula.Berikut adalah ringkasan kepada program yang dirancang ini :

Tarikh Cadangan : 29-30 Okt 2016 (sabtu+Ahad)

Jangkawaktu Program : 1.5 Hari (Berkhemah di Surau)

Umur Sasaran : 7-15 Tahun

Penyertaan Sasaran : min 15 org , Max 25 Org

Bayaran : Belum diputuskan.

Walaubagaimanapun, AJK berpendapat bahawa bancian penduduk perlulah dibuat terlebih dahulu sebelum program ini dapat dibuat. Justeru pihak S/U dipertanggungjawabkan untuk membuat dan mengedarkan Borang Bancian Penduduk dan Borang Minat kepada penduduk taman. Selepas ini diperolehi , baharulah suatu sub-meeting dibuat untuk program ini.

(Tindakan : Biro Pendidikan dan S/U)

3.1.2

Biro pendidikan memaklumkan bahawa kuliah Tafsir oleh Ustaz Qamar, dijangka akan dapat dimulakan.Dr.Luqman akan memaklumkan tarikh dan masa kuliah tersebut di Group Whatsapp.Dalam masa yang sama En.Nizam (Imam 2) mencadangkan untuk mendapatkan senarai nama penceramah yang ditauliahkan oleh MAIM, supaya mudah merancang dan menyemak status. Perkara ini akan cuba diperpanjangkan kepada En.Yusof.

(Tindakan : Biro Pendidikan)

3.2 Operasi Surau

Disebabkan oleh masalah status dan sebagainya, rancangan untuk mengadakan kuliah, akan digantikan dengan Usrah kecil dan Tadarus Al-Quran. Berikut adalah jadual (selepas Maghrib)  tidak rasminya.

Selasa – Bedah Buku oleh Imam 2

Rabu – Usrah Solah

Khamis – Al-Kahfi

Sabtu – Tadarus Al-Quran (Selepas Subuh)

Imam 1 , juga memaklumkan kuliah Tauhid oleh Ustaz Raouf Minhad akan bermula pada Ahad malam Isnin yang akan datang ini (9 Okt 2016).

 

3.3 Hal-Hal Lain

3.3.1 – Program Qurban tahun 1438 Hijrah/2017 Masehi)

Dicadangkan untuk diadakan program Korban Berkelompok untuk tahun hadapan di Surau Ar-Raudhah. Setakat ini,sudah ada seekor lembu yang sedia untuk dikorbankan pada tahun hadapan (En.Zul). Dicadangkan untuk pungutan dibuat dari sekarang untuk menjalankan rancangan Korban Berkelompok ini. Dicadangkan juga untuk ada seorang yang menjaga duit ini (diasingkan dari akaun Surau).

En.Norazman, walaubagaimanapun mencadangkan agar Lembu di”booking”dari sekarang supaya mendapat harga yang lebih baik.Secara aturannya, langkah 1 ialah untuk “tengok lembu” dulu. Kemudian barulah langkah 2, iaitu buat keputusan berapa nak simpan duit dan siapa yang akan simpan. Setakat mesyuarat pada hari tersebut , En.Ariffin secara tidak rasminya dilantik sebagai penyimpannya.

  • Lawak Selingan Masa Mesyuarat :

En.Zul : Kalau banyak sgt lembu ,takut tak terkejau.

En.Norazman : Jangan takut..,semua dah tambat.:)

 

(Tindakan : En. Norazman,En.Zul dan En.Ariffin)

 

3.3.2 Tong Air

Dalam proses untuk buat “sangkar” Tong Air tersebut. En.Hasrudin (Biro Teknikal) akan menghantar gambar di Group Whatsapp apabila ianya selesai dibuat.

 

3.3.3 Azan

Dr.Burhanuddin mendakwa kadangkala Azan tidak dapat didengari (Walaupun dah pakai speaker). En.Hasrudin mencadangkan untuk bincang dengan Azizi untuk buat menara dan dipasang “Speaker” padanya. En. Faizul , walaubagaimanapun merasakan ianya tidak bermakna, jika ketinggian menara sama tinggi dengan rumah, baik kita pasang kat luar di tingkat 2 sahaja. Kos untuk bina menara juga perlu diambil kira. Akan ada mesyuarat susulan tentang perkara ini nanti.

 

3.3.4 Inventori Aset dan Prosedur Pembeliannya

En.Hasrudin mencadangkan agar ada senarai inventori pada aset-aset kepunyaan Surau. Perkara ini kemudiannya di jawab oleh En.Osman , bahawa ianya telah sedia ada ditampal di Papan Kenyataan . En. Hasrudin , walaubagaimanapun menambah ada baiknya jika asset-aset ini di beri “Nombor Aset” dan ditampal@ditulis pada aset tersebut.

En.Hasrudin juga ada membangkitkan tentang kaedah pembelian barang-barang untuk kegunaan surau. En.Hasrudin merasakan akan perlu adanya perbincangan sebelum sesuatu asset tersebut dibeli. Dan perkara tersebut tidaklah perlu dibuat terlalu formal (mesyuarat,dsb.) , memadailah jika di maklumkan di Group JK Surau. En.Osman ketika menjawab isu ini , menyatakan secara umumnya, setiap pembelian setidak-tidaknya beliau ada berbincang dengan Pengerusi untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan. En. Faizul dan Hj.Md Din pula berpendapat bahawa , adalah baik jika ditetapkan suatu “standard” , barang yang berharga berapa yang perlu dimaklumkan kepada semua JK Surau. Adalah sukar jika sekecil-kecil barang pun perlu di beritahu kepada semua orang terlebih dahulu. (Contoh : RM 100 ke atas sahaja perlu di bincangkan). Tambahan pula, organisasi surau yang ada masih lagi muda dan kecil, mungkin (kata Hj.Md.Din) di masa akan datang barulah kita mampu membuat seteliti yang dicadangkan di atas (Insha Allah).

 

4.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 22:40 dengan bacaan Surau Al-Asr dan tasbih Kifarah. Tarikh mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.

Sekian, Wassalam

Advertisements