Minit Mesyuarat Bil.8 2016: 06 Jan 17

Minit Mesyuarat Bil.8 2016: 06 Jan 17

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah

Taman Melaka Perdana (Bil ke-8)

Masa : 06 Jan 2017 (Jumaat) – 21:00 (Selepas Isya’)

Lokasi : Surau Ar-Raudhah (Sementara) – No.31 , Jalan MP 2

Kehadiran : (17 Muslimin + 5 Muslimat = 22 Orang)

Imam Saufe, Dr.Luqman, En.Norazani, En.Talib, Imam Nurkhairunnizam, En.Abdul Ashraff, En.Ahmad Hasan, PM Dr.Burhanuddin, En.Osman, En.Aminuddin, En.Hairon,En.Zulkifly,En.Rohaili,En.Mohd Fadzil,En.Mohd.Hasrudin,En.Mohd.Din,En. Faizul Hilmy, Pn.Azizah,Dr.Nurulwafa,Pn.Norhayati,Pn.Noraini dan Pn.Hamidah

1.0 Ucapan Aluan Dari Imam 1 Surau Ar-Raudhah, TMP

Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Pengerusi memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta’ala kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan mesyuarat jawatankuasa (Bil 7).

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Terdahulu (Bil ke-7)

Setiausaha secara ringkasnya membacakan minit mesyuart Bil-Ke 7 kepada umum. yang kemudiannya di sahkan oleh Dr.Luqman dan disokong oleh Imam Nurkhairunnizam. Berkenaan Minit mesyuarat yang terdahulu, ada 2 pembetulan :  1. Pada perkara 3.1 Kedudukan Kewangan (Dana) Surau , jumlah baki yang sebenar setelah ditolak RM 4,783 (pendapatan) dengan RM 4,340.30 (perbelanjaan) maka baki yang betul ialah RM 442.70 sahaja.  2. Mengubah perkataan “mendakwa” pada perkara 3.4.3 Azan kepada perkataan “memaklumkan”.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Kedudukan Kewangan (Dana) Surau

En.Othman Bin Sadin membentangkan status terkini dana Surau.Butiran boleh dibaca pada papan kenyataan di surau. Secara ringkasnya, sumbangan terkumpul hingga ke tarikh mesyuarat di buat ialah sebanyak RM 7,127.00 , manakala jumlah perbelanjaan keseluruhan ialah RM 5,655.00. Maka baki yang di bawa ke hadapan ialah RM 1,472.00 sahaja. Bendahari juga ada membentangkan perihal senarai Aset Surau (selari dengan saranan pada mesyuarat yang terdahulu), senarai Aset yang diinfaq/dipinjamkan kepada Surau dan beberapa senarai Tangunggan surau yang terkini. Pada mesyuarat kali ini juga, bendahari ada membuat unjuran perbelanjaan operasi surau bagi tahun 2017. Berdasarkan unjuran tersebut perbelanjaan minimum sebulan ialah sebanyak RM 1,500. Disebabkan itu, terdapat 3 cadangan :          1. Cadangan dari Imam Nurkhairunnizam untuk diperhalusi (dibawa bincang lagi) unjuran tersebut ,                                                      2. En.Norazani mencadangakan kaedah penjimatan dengan menghadkan penggunaan Air-Cond kepada 1 sahaja (di”rotate”) ,                                          3. Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan En.Zulkifkly, setiap pemilik yang beragama Islam bagi rumah kediaman dan rumah Kedai di dalam kariah mesti menyumbang minimum RM 50 setiap bulan bermula pada bulan Januari 2017. Wang tersebut akan digunakan bagi operasi harian surau. Lebihan wang tersebut akan digunakan sebagai modal bagi pembinaan surau tetap nanti. Bagi memudahcarakan lagi aliran kewangan, suatu akaun untuk Surau akan dibuka, bagi memudahkan ahli J/K dan ahli kariah lain untuk menyumbang. Surat susulan makluman akan diedarkan nanti (Insha Allah)

( Tindakan : En.Osman (Bendahari))

 

3.2 Hubungan Dengan Masjid Ar-Rahman (Kampung Tun Razak)

 

Baru-baru ini Surau Ar-Raudhah yang diwakili oleh Bendahari (En.Osman) telah pun menghadhiri mesyuarat J/K Masjid Ar-Rahmah (Nota: Surau Ar-Raudhah adalah di bawah kariah Masjid Ar-Rahmah , Kampung Tun Razak). Ada beberapa putusan mesyuarat tersebut yang telah di perpanjangkan kepada Surau2 kariah :

  1. Peruntukan RM 1,000/setahun dari Masjid Ar-Rahmah kepada semua surau2 di bawah kariahnya.
  2. Bantuan pengurusan jenazah (Anggara senilai harga Papan dan Upah Gali Kubur) kepada semua ahli kariah (Di sini ada soalan dari En.Hasrudin tentang bagaimana jika ahli kariah dikebumikan di kariah lain, adakah bantuan itu layak ?. Akan diperpanjangkan kepada J/K masjid jawapannya En.Osman).
  3. Merujuk kepada perkara no.2 di atas, adalah penting untuk setiap surau mempunyai data penduduk. Justeru s/u akan keluarkan surat sekali lagi berkenaan perkara ini.

 

 

3.2 Status Tanah Tapak Surau

Seperti yang telah dimaklumkan di dalam group Whatsapp oleh En.Aminuddin kita, sepintas lalu J/K dimaklumkan bahawa tanah tersebut ialah masih milik kerajaan (bukan milik mana-mana developer). Dan pengerusi memaklumkan bahawa pada 25 Nov 2016 yang lalu surat telah dihantar ke Pejabat Ketua Menteri. Sekarang masih menunggu jawapan. En. Yusof juga sedang memantau urusan ini. Semoga Allah memudahkan impian kita. Allahu musta’aan (Allah sajalah tempat dimintai pertolongan)

3.3 Operasi Surau

Beberapa ahli kariah menziarahi seorang dari jemaah kita (En.Arefin) di hospital pantai baru-baru ini. Dan ahli kariah beramai2 membaca Al-Fatihah mudah-mudahan En.Arefin diberikan kesembuhan dari penyakit yang dihidapinya.

 

Ada beberapa ulasan dari Imam Saufe berkenaan operasi sepanjang 2016. Antaranya :

  1. Secara umum, jemaah Subuh,Maghrib dan Isya’ sentiasa imarah dengan jemaah. Hanya jemaah Zuhur dan Asar (pada hari bekerja mahupun hujung minggu) sahaja yang kurang maklum, disebabkan kekangan yang disebut di atas.
  2. Pada 2016, majlis khatam Quran telahpun dibuat. Dan sekarang masih berjalan program tadarus.
  3. Pada 2016 juga kita ada menganjurkan Solat Hajat untuk anak2 kariah yang menghadapi pepriksaan besar di sekolah masing2.
  4. Ceramah Perdana juga telah dibuat (1 x) pada tahun 2016.
  5. Surau berjaya menjalankan Kem Cinta Surau dan Masyarakat yang membabitkan anak2 remaja kariah.
  6. Surau juga berjaya menjayakan program Ibadah Qurban (Keluarga En.Arefin) .

 

Berikut pula ialah perancangan untuk tahun 2017 :

  1. Kuliah Tauhid oleh Ustaz Raouf ialah pada minggu ke 2 dan ke 4 , hari Ahad (selepas Maghrib). Dan jika ada kesempatan pada minggu ke 1 (sabtu).
  2. Program tadarus telah di tambah baik menjadi program tadarus dan penafsiran. Selain dari menyemak bacaan, penafsiran juga akan dibacakan menggunakan kitab2 tafsir yang telah sedia ada.
  3. Kem pada tahun 2017 ialah dicadangkan “kem pengurusan jenazah”. Dan kita akan cuba mendapatkan Ust Rosli. Tarikh akan diberitahu kelak.
  4. Family Day / Outing Day (bagi yang berkesempatan) bersama penduduk Taman, bagi merapatkan lagi ukhuwwah antara penduduk Taman.Belum ada cadangan.
  5. Luqman menyarankan pihak surau sendiri mengambil inisiatif mengadakan rondaan malam sukarela secara rawak. Akan difikirkan kata jemaah yang lain.
  6. Luqman juga ada mencadangkan untuk “menerangkan” lagi lorong2 belakang rumah kita. Oleh kerana menurut En.Hasrudin prosedur TNB sekarang agak ketat untuk pasang lampu, maka Dr.Luqman mencadangkan jika ada jiran2 yang baik hati untuk pasang sendiri di belakang rumah memasing.
  7. En.Hasruddin menyuarakan kegusaran hatinya tentang pada siapa perlu dirujuk jika ada berlaku kegiatan yang tidak diingini di waktu malam. Mungkin boleh rujuk cadangan no.5 di atas.Dalam masa yang sama di bangkitkan perihal kes baru2 ini tentang salah satu rumah yang dijadikan Homestay telah diduduki beberapa keluarga yang tidak tahu menghormati adab kejiranan. Pihak S/U telah diarahkan untuk mendapatkan no. telefon pemilik sebenar Homestay tersebut. Senang buat aduan.
  8. Imam Nurkhairunnizam mencadangkan untuk diadakan semula kuliah Fiqh Solat (Ust.Rahman).
  9. Kelas Tajwid oleh Cikgu Asri setiap Selasa selepas Maghrib (yang ni sudah “confirm”)
  10. Cadangan dari Imam Saufe untuk mengemaskini semula J/K Operasi Surau bagi tahun 2017.
  11. Cadangan dari wakil Muslimat untuk buat Solat Tasbih pada tahun 2017. Insha Allah Puan.

 

3.4 Hal-Hal Lain

3.4.1 – Program Qurban tahun 1438 Hijrah/2017 Masehi)

 

Tidak sempat diperpanjangkan kerana, En.Norazman tiada hadhir akan ia pada mesyuarat. Insha Allah akan ada mesyuarat susulan.

 

3.4.2 Tandas

Tandas atas (kedua-duanya) dah rosak.Perlu dibaiki, Menurut pengerusi, kos pembaikan dianggarkan RM 1,600 untuk kedua-duanya. En.Hasrudin ada mencadangkan alternatif yang lebih murah, tetapi tidak dipersetujui kerana letaknya di luar, perlu dapat izin En.Azizi, dan tidak kalis bau/bunyi.

 

4.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 22:40 dengan bacaan Surau Al-Asr dan tasbih Kifarah. Tarikh mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.

Sekian, Wassalam