Minit Mesyuarat Bil ke-9

Minit Mesyuarat Bil ke-9

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah

Taman Melaka Perdana (Bil ke-9)

 

Masa : 05 Mac 2017 (Ahad) – 21:00 (Selepas Isya’)

Lokasi : Surau Ar-Raudhah (Sementara) – No.31, Jalan MP 2

Kehadiran : (8 Muslimin + 2 Muslimat = 10 Orang)

Imam Saufe, PM Dr.Burhanuddin, En.Osman, En.Aminuddin, En.Hairon,En.Zulkifly,En.Mohd.Din,En. Shukor ,Pn.Norhayati,Pn.Anom

 

1.0 Ucapan Aluan

Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Pengerusi memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta’ala kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan mesyuarat jawatankuasa (Bil 9).

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Terdahulu (Bil ke-8)

Pengerusi secara ringkasnya membacakan minit mesyuart Bil-Ke 8 kepada umum. yang kemudiannya di sahkan oleh En.Osman dan disokong oleh Imam Saufe. Berkenaan Minit mesyuarat yang terdahulu, ada beberapa pembetulan pada fasal 3.3 Operasi Surau. (Sila rujuk di website)

(Tindakan : S/U Surau, Faizul Hilmy ).

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pentabiran

  1. Pembukaan Akaun Semasa (Maybank Islamic) untuk Surau. No. Akaun adalah seperti di bawah:

5541-1051-1240 Maybank (Islamic)

No. akaun ini akan dipaparkan di Papan Kenyataan surau dan di Laman Sesawang Surau Ar-Raudhah.

 

  1. Majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat pada 09 Mac 2017 (Khamis) di Surau Ar-Raudhah atas undangan Tuan Haji Amin sempena majlis pernikahan anaknya pada 12 Mac 2017.

 

3.Persediaan untuk Bulan Ramadhan.

– Pada isu menampung jemaah, diadakan pengubahsuaian/penambahan ruang Solat untuk muslimat.

– Pada isu imam untuk solat Tarawih . Cadangan 1) Imam Tahfiz atau Cadangan 2) Cikgu Asri.

– Pada Isu bilangan rakaat. Diputuskan : 1) Jumaat Malam Sabtu (20 Rakaat) , 2) SELAIN Jumaat Malam Sabtu (8 Rakaat), Tazkirah ringkas akan diadakan selepas selesai Solat Tarawih.

– Tadarus juga akan diadakan setiap malam (Halaqah Muslimin dan Muslimat). Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada Sabtu malam Ahad (17 Jun 2017)

– Program Qiamullail akan diadakan pada 16 Jun 2017 (En.Hairon akan sahkan tentang kebolehadiran Ustaz Mustapha untuk memimpin program ini)

– S/U akan mengeluarkan Jadual Moreh untuk sepanjang bulan Ramadhan nanti.

– Dicadangkan juga majlis berbuka puasa bersama Jemaah pada hujung minggu dengan makanan di sediakan secara “Pot-Luck” atau tajaan.

 

 

3.2 Kedudukan Kewangan (Dana) Surau

En.Osman Bin Sadin membentangkan status terkini dana Surau.Butiran boleh dibaca pada papan kenyataan di surau. Secara ringkasnya, sumbangan terkumpul hingga ke tarikh mesyuarat di buat ialah sebanyak RM 7,919.00 , manakala jumlah perbelanjaan keseluruhan ialah RM 6,704.00. Maka baki yang di bawa ke hadapan ialah RM 1,485.00 sahaja. Untuk sumber bagi pengoperasian surau, selain dari tabung yang ada di surau, dengan pembukaan akaun surau ar-raudhah ,pihak penyumbang boleh memasukkan sumbangan secara terus ke akaun tersebut. Butiran akaun ada di tulis di papan kenyataan dan laman sesawang.

( Tindakan : En.Osman (Bendahari))

 

3.3 Operasi Surau

  1. Jadual Pengajian di Surau :
  2. Tauhid – Minggu ke 2 & ke 4

b.Fekah

c.Tafsir Al-Quran – Minggu 1 & ke 3

  1. Tasauf – Ustaz Husni

(nota :  Kelas akan diberhentikan pada bulan Ramadhan dan disambung semula pada minggu ke-2 Syawal)

 

  1. Seperti di dalam perancangan aktiviti 2017, satu kursus pendek berkenaan “Pengurusan Jenazah” akan diusahakan pelaksanaannya. Untuk tindakan En.Zulkifli Haniff.

 

  1. Program “Family Outing” untuk penduduk taman. Masih dalam perbincangan

 

4.Program Korban untuk tahun 2017. Sasaran ialah 2 ekor lembu. Setakat ini Abang Zul telah mengesahkan untuk berkorban untuk seekor lembu. Bahagian untuk seekor lembu lagi sedang diusahakan. Pengesahan perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum Jun 2017.

 

5.Majlis Khatam Quran Berkumpulan “Zikrul Hakim” ,Melaka akan diadakan pada :

12 Mac 2017 (selepas Maghrib).

Jemputan ialah 1. Habib Mehdi Al Hameed (dari Yaman), 2. Imam Suhaimi 3. Beberapa ahli kumpulan Ahli Zikrul Hakim

Habib akan menerangkan tentang konsep Khatam Quran dan sedikit Tausiyah

Kos makanan adalah di tanggung bersama.

3.4 Hal-Hal Lain

  1. Puan Norhayati : Adakah bumbung untuk kawasan muslimat di luar ,jika hujan ?

En.Osman : Akan ada pemasangan “awning” dan pengadang tempias hujan.

 

2.Tn.Hj.Amin : Bancian penduduk Islam perlu di kemas kini sempena Ramadhan.

 

3.Tn.Hj.Amin : Ada masalahkah berkenaan speaker Surau ? Abg.Amin mencadangkan agar bilik PA dikunci.

En.Osman : Akan mengambil tindakan dan buat ujian suara ke atas sistem yang ada.

 

4.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 22:40 dengan bacaan Surau Al-Asr dan tasbih Kifarah. Tarikh mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.

Sekian, Wassalam

 

Advertisements