Minit Mesyuarat Bil. 2 2016: 21 Mac 16

MINIT MESYUARAT Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Surau Taman Melaka Perdana, Bukit Katil, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Tujuan Mesyuarat Pembangunan surau dan isu-isu lain
Tarikh 21 Mac 2016 Tempat No 18 Jalan MP2 Rumah En Osman
Masa 9.00mlm – 11.00mlm Pengerusi Dr Burhanuddin
Kehadiran
  1. Dr. Burhanuddin bin Mohd Aboobaider
  2. En. Muhd Nurkhairunizam bin Yazid
  3. En. Mohd Akhtar bin Ab Karim
  4. En. Osman bin Sadin
  5. En. Nor Azman Abas
  6. En. Zulkifly bin Haniff
  7. En. Mohamad Saufe bin Ariffin
  8. En. Mohd Hasrudin bin Tukiran
  9. En. Yusuf bin Bakar
Mesyuarat berikutnya Akan ditentukan kemudian
Agenda
1. Ucapan alu-aluan pengerusi – tahniah semua yg d lantik – kerja-kerja amal jariah – semoga mendapat rahmat Allah SWT. Mesyuarat dimulakan dengan AlFatihah untuk keberkatan.

2. Semua ahli mesyuarat memperkenalkan diri

3. Pengerusi, Dr Burhanuddin bacakan minit dan disahkan oleh En Zulkifli dan disokong oleh En Saufi

4. Bendahari, En Osman telah kemaskini maklumat dana yang tekumpul:  kewangan – Bendahari En Osman – RM1050.00. Ahli mesyuarat bersetuju buka akaun di MBB MITC, Ayer Keroh. Akaun semasa Maybank Islamik di atas nama: Tabung Saham Wakaf Pembangunan Surau Ar-Raudhah

5. Lokasi tapak telah dibincangkan. Beberapa alternatif yang dipersetujui seperti berikut.

 

No Perbincangan Tindakan
1 Pembangunan surau tidak akan dibuat di rumah kedai atau rumah awam
2 Pendaftaran JK sedia ada sebagai JK persatuan penduduk Islam di ROS – ahli mesyuarat bersetuju bahawa belum ada keperluan – dicadang tangguh dulu – keutamaan diberikan kepada pembangunan surau sahaja dulu Pengerusi
3 Pembangunan surau di taman – semakan pelan taman Melaka Perdana bagi mencari tapak kosong dan maklumat tuan tanah En Yusof
4 Setelah tapak diperolehi, perlu siapkan surat:

  1. Surat kebenaran bina surau di tapak yang dicadangkan kepada MAIM
  2. Kebenaran mengutip derma bagi tanah wakaf dsb
  3. Surat sokongan daripada Japeron Ayer Keroh, Tn Hj Arif
En Yusof
5 Ahli mesyuarat bersetuju menghidupkan aktiviti solat berjemaah Maghrib, Isya’, bacaan yasin dan tahlil, mingguan setiap hari Jumaat malam Sabtu dari rumah ke rumah. Jadual akan dikeluarkan nanti. JK
6 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam
Advertisements